Wednesday, February 18, 2009

pesan orang tua..

0 comments
ORANG KATA...
enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.

ATUK KATA..
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA...
exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..
past year papers..etc..etc..etc..

ATUK KATA..
exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA...
have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!

ATUK KATA..
setiap hari jadi,
kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal,
bertaubat..
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA...
kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar,
kereta mewah,
makan lazat..
baru hati puas!

ATUK KATA..
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA...
successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!

ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm
sehari,
tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

Aku Insaf dengan Kata-Kata ATUK

Monday, February 16, 2009

jangan menangis sayang..

0 comments
pesan orang tua,
cinta itu memberikan kita cahaya,
andai ianya dipenuhi pleh intan permata yg menyinar..

pesan orang tua,
cinta itu membunuhmu,
jika ianya dipenuhi dengan toxic2 beracun..

pesan orang tua,
cinta pada manusia hanyalah sementara,
cinta padanya adalah hakiki..yg kekal selama-lamanya..

Saturday, February 14, 2009

asslamualaikum dan salam sejahtera..

0 comments
pesan org tua,

sebelum makan buah,kopekkan dahulu kulitnya barulah diambil isinya..
Oleh itu dengan lafaz bismillahirahmanirrahim ku mulakan bicara untuk blog ini sebagai wadah pembuka cerita..

pesan org tua,

bicaralah dengan ilmu,jangan bercakap andai didadamu kosong kelak kan menampakkan kelemahanmu.
ku mulakan pendahuluan ini untuk berkongsi ilmu,menyampaikan pesanan dan juga untuk menerima pesanan...

pesan org tua,

selepas solat bacalah doa,janganlah terus tergopoh gapah melangkah kaki keluar.
bersalaman satu sama lain,barulah ukhwah dibina..

dengan itu,ku menutup bicara ini dengan ucapan assalmualaikum dan salam sejahtera semua..

`wassalam`
 

..::pesanan orang tua::.. Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template