Wednesday, April 1, 2009

jalan manakah yang kamu pilih?


suatu pemilihan telah diadakan untuk memilih ketua pelajar sekolah baru disebuah sekolah yang bernama sekolah rendah lang buana kerana penghijrahan ketua pelajar yang lama ke sekolah yang lain.

dalam ramai2 pelajar disitu seramai 3 orang telah menawarkan diri untuk menjadi ketua pelajar yang baru.

calon pertama bernama khai,merupakan anak kepada guru besar sekolah tersebut.calon kedua bernama kris merupakan anak kepada ketua alumni dan PIBG sekolah tersebut. dan calon ketiga ialah khir yg tiada apa-apa pengaruh disekolah tersebut.

khai merupakan seorang pelajar yang sangat licik dan pandai berpidato,kris merupakan seorang yg pendiam tetapi sangat rajin manakala khir pula seorang yang bernas pemikirannya.

untuk memenangi pemilihan ini,pelbagai cara dan taktik telah digunakan oleh khai,kris dan khir untuk menawan hati ahli kelas masing-masing untuk mengundi mereka seolah-olah seperti pertandingan "saya mau menang motor"..

untuk itu,khir telah memulakan langkah yang pertama dengan mencari pelbagai kesalahan murid-murid disekolah tersebut demi menaikkan namanya sebagai seorang ketua yang telus,tegas dan berwibawa. tindakan ini telah berjaya menaikkan sokongan pelajar kepadanya dan tidak kurang juga yang menyampah dengan tindakannya.

kris pula telah membentangkan pelbagai usul-usul peraturan baru dihadapan guru besar dan guru-guru yang lain apa yang perlu dilakukan dan dilaksanakan disekolah kerana baginya apa yang ada sekarang adalah ketinggalan zaman dan tidak menepati jiwa citarasa moden.tindakannya ini telah menyebabkan guru besar yang merupakan bapa kepada khai dan guru-guru disebelah guru besar marah padanya kerana baginya kris telah telah biadap dan melanggar tatasusila seorang melayu mendengar cakap dan tidak melawan orang tua.
akan tetapi pengetua tidak berani untuk mengambil tindakan terhadap kris kerana bapanya merupakan ketua PIBG sekolah.oleh itu hanya berani memarahinya dalam selimut sebgai tanda protes terhadap kris.
tindakan kris menaikkan nama dan sokongan pelajar terhadapnya.

menyedari kekuatan sokongan terhadap kris,khai telah menggunakan kaedah dan taktik yang licik demi menewaskan kris yang merupakan ancaman utamanya..
antaranya ialah mengajak kris berdebat kerana dia tau kris merupakan seorang yang tidak pandai dalam berhujah.seterusnya khai cuba membeli sokongan pelajar-pelajar dengan menyogok mereka dengan belanjakan makan pagi mereka dengan mee goreng beserta tea o serta dijanjikan makan tengahari sekiranya die menang nanti.


tindakan khai ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati oleh kalangan penyokong kris dan khir.oleh itu mereka mengadukan hal tersebut kepada guru besar dengan harapan khai ini akan digantung.akan tetapi,guru besar hanya bersikap lepas tangan dengan hanya memberi amaran dan tiada sebarang tindakan dikenakan.

akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jua untuk pemilihan siapakah yang akan menjadi ketua pelajar yang baru dan setiap pelajar di sekolah tersebut wajib untuk mengundi ketua-ketua yang mereka kehendaki.

akibat terlampau lama masa yang diambil untuk mengira undi mengambil masa hingga 6 jam menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelajar-pelajar sedangkan bilangan pelajar yang ada hanyalah seramai 7 ratus orang.tapi guru-guru tidak hairan kerana mereka hanya lah pelajar sekolah rendah sudah tentulah agak memakan masa yang lama untuk mengira.

setelah beberapa kali undi dikira semula dan selepas mendapat keputusan yang memuaskan hati oleh pengira-pengira undi ini akhirnya masa yang ditunggu-tunggu tiba jua jua iaitu pengumuman kemenangan.

pengumuman telah dibuat dan akhirnya khai berjaya memenagi pemilihan tersebut seterusnya berjaya untuk menjadi ketua pelajar disekolah rendah lang buana tersebut.manakala khir dan kris berada di tempat kedua dan ketiga.

keputusan ini menyebabkan penyokong-penyokong kris tidak berpuas hati lalu melaungkan sorakan beramai-ramai terhadap khai "khai rasuah,khai rasuah,khai rasuah".

suasana menjadi agak tegang tapi situasi pantas ditenangkan oleh kris yang meminta pelajar-pelajar bersabar dan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

akhirnya khai tersenyum puas.........







pelbagai persoalan bermain dibenak fikiran para pelajar..adakah khai layak bergelak ketua?adakah mereka patut dipimpin oleh ketua yang terlibat dengan rasuah?adakah mereka patut tunduk dengan ketua baru mereka yang menang dengan taktik dan helah yang keji ini?

persoalan..??persoalan...???persoalan....????





pesan org tua hanya satu

pilihla ketua yang benar-benar layak dan berwibawa kerana ketua inilah yang akan membimbing kamu kearah mana, jalan dan hala tujuan kamu kelak..


org tua hanya mampu mengelengkan kepala.....

1 comments:

Anonymous said...

Has understood not absolutely well.

 

..::pesanan orang tua::.. Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template